Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, 1 December 2016

Solat Sunat Fajar

Assalamualaikum.. Hai! Ok, nak cerita sikit pasal kelebihan solat sunat Fajar ni. Aku tak pernah buat pun, tak sempat, kita pun subuh lewat.. Hmm.. Tapi in shaa Allah one fine day nanti aku akan usahakan kesempatan untuk buat. Aminn..

Ok. Solat sunat dua rakaat sebelum fardhu Subuh ni juga dipanggil Solat Sunat Fajar / Solat Qabliyah Subuh dan Solat Sunat Subuh. Solat ni dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai solat sunat dua rakaat ni :

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya"

Dan diriwayatkan oleh Aisyah r.a. juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia"

Dari Aisyah r.a. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)


Cara mengerjakannya :

Niat Solat :

 اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ


"Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala"


ATAU


اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala"




*Sebagai peringatan bersama.. Selamat beramal!  Lebih info boleh tengok dekat sini la mana lagi. hehe