Saturday, 3 December 2016

motoGP 2016 - Sepang International Circuit




Kenal tak siapa ni? Ok, nama dia Valentino Rossi a.k.a abang angkat aku. Lama dah tak jumpa dia, last time raya haji 3 tahun lepas. So time MotoGP kat Sepang haritu ingatkan dapat la jumpa kejap tapi tiket tak beli pulak. Last-last datang time qualifying je, tu pun tak dapat jumpa gak..


Cerita pasal qualifying GP kat Sepang haritu tak plan pun nak pergi. Ntah camne pagi tu tengah basuh motor Hery watsapp ajak pi usha qualifying, aku pun tanpa membantah setuju je. Kena pukau dalam tepon aku rasa. Hmm...


So lepas basuh motor aku siap-siap tunggu Hery datang rumah. Kitorang gerak lepas Zohor, time tu hari mendung macam nak hujan. Tapi disebabkan bawak motor laju, ingatkan sempat la sampai Sepang tanpa lencun. Sangkaan kitorang meleset, setengah perjalanan dah sangkut bawah terowong. Hahaha.. Berapa kali berhenti kat Max highway tu. Even lencun, kuyup, kecut pun kitorang pepah gak gi sana. Sampai sana habis baju basah, seluar spendar lagi la.. kepam! Kahkahh.. Kitorang sampai sana dalam jam 3 petang dan aktiviti pun bermulaa.... Hehehee





Time ni baru sampai. Kitorang parking kat hujung, tempat geng-geng motor Hery ( R25 ) parking. Aku selit je situ, biaq pi la. Hahah..


Shell Malaysia MotoGP 2016


Kitorang tak masuk pun tengok race, just jenjalan kat booth luar je sambil usha-usha gadis. HAHA. Hujan pulak, sejuk.. Ok, tengok gambar jela ye dak. Nak tulis apa lagi..




nampak VR46 tuu? huhu







korang tengok Hery ke tengok amoi sebelah 😒😒



booth Yamaha 


meriah weh, semeriah sambutan hari raya 😝




rehat kejap. hihi








sempat pulak dia main game. dengg!


start kumpul duit, nak angkat sebijik!


cantik sportrim dia 😍


Hery dan pasangan


nak snap gambar motor, dia pulak yang pose. haihh





yang bagi flyers pun aku ajak selfie. haha










diorang ajak selfie, diorang ingatkan aku Rossi. Layan jela 😜








nama dia Farah #GadisSuzuki



aku terus suka Suzuki, ingat nak jual Yamaha ambik Suzuki pulak la haha


With Arina 


ok confirm ambik Suzuki nanti!


Banyak lagi gambar tapi aku rasa yang ni pun dah cukup dah. Sebenarnya nak tunjuk motor je kat korang, awek tu tanak berganjak lak time aku nak ambik gambar. Nak buat camne kan? Hahaha..


So dalam jam 6 lebih kami pun gerak balik. Time pulang tu pun hujan gak, tapi takpala lencun time nak balik kan.. Otw balik kat Max highway tu dua kali motor aku mati time pecut ( 120km/h ). Power tetiba off sendiri. Goyang weh tapi nasib baik boleh start and jalan balik. And alhamdulillah kitorang selamat sampai. Tapii......

motor aku masuk bengkel next week nya. Hari-hari pergi kerja dia boleh mati enjin tetiba pulak, aku ingatkan dia merajuk sebab aku bergambar ngan awek je time kat SIC tu. Rupanya apek bengkel check dia kata ada kabel yang tercabut. Kabel apa aku taktau, dia tanak bagitau. Tercabut time aku tengah pecut kot. Taktaula..

Sekarang motor takda masalah dah, performance pun still cun, tiptop! Hahaha.. Ok, tu je untuk entry kali ni. Sehingga berjumpa lagi kita di masa akan datang. bye!

Kalau nak lebih gambar boleh tengok kat sini.

No comments:

Post a Comment