Tuesday, 13 December 2016

Ayam Masak Kicap




Assalamualaikum! Takda apa pun, just nak share resipi ayam kicap je kat korang semua. Semalam balik keje aku pi beli segala bahan and ganti balik beras yang tinggal hujung-hujung nyawa lantas plan masak ayam kicap untuk dinner semalam. HAHAHA..

Makin seronok pulak main masak-masak ni, tapi tu la.. pukul 9 lebih baru dapat makan! Hahaha.. biasa la kan bila laki yang masak cermat sikit. Ikut rules satu-satu.. damn!

OK.. ni resipi semalam yang aku guna. Rasa dia memang sedap, serius tak tipu.. Cara ni pun boleh guna untuk telur dan segala benda yang kau nak masak kicap ok..


- Ayam goreng dulu & asingkan dalam pinggan lain dulu ( ayam goreng separuh masak je, jangan macam ayam goreng ) 
- 1st kau tumbuk bawang merah, bawang putih & halia sikit ( aku pakai 1 bijik besar bawang merah, 1 ulas bawang putih, halia tak pakai sebab takda. HAHAHA )
- Panaskan minyak. Tumis bawang and bahan yang ditumbuk tadi. Dah garing yang kau tumis tu baru masukkan cili paste. Kacau bagi lama sikit
- After that, masukkan air. Ikut suka, nak kuah banyak letak air banyak, nak kuah sikit letak air sikit
- Dah mendidih dan nampak macam pekat sikit, baru masukkan kicap, sos cili and sos tiram sikit. Takyah bubuh garam dah sebab sos tiram and kicap dah masin. Sukatan dia ikut naluri. Kicap aku letak banyak sikit dari sos tiram and sos cili sebab nak warna hitam 😂 
- Pastu last sekali masukkan ayam yang dah goreng tadi. Kacau bagi rata dan sebati
- Pastu angkat la hidang nasik, makan.. tu pun nak ajar 😒 


Ni gambar dia :


lumur ayam dengan kunyit and garam sikit






goreng ayam ( jangan masak sangat )



tumis bawang yang ditumbuk tadi sampai garing then masukkan cili paste dan tumis lagi lama sikit



masukkan air untuk jadikan kuah. Dah mendidih masukkan kicap, sos cili and sos tiram pulak


then masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau bagi rata pastu angkat!


tadaa! siap! huhu


pastu makan. baca bismillah dulu baru ngap


Monday, 12 December 2016

Sambal Telur NAMIE ~ kehkehkehh


Tajuk macam sedap kan, telur aku pulak tu. HAHAHA.. Baca tajuk mesti terbayang macam gambar kat bawah ni hasil dia kan? Tapi lain orang, lain hasilnya.. Kahkahh!


sumber dari google



Aku rasa aku ada bakat dalam bidang masakan ni dan sepatutnya dulu aku ambik kulinari bukan electrical. Hmm.. Tetiba pulak suka memasak lately ni, boleh dikatakan hari-hari aku masak air. huh!

Semenjak dok bujang kat rumah ni + aku cirit birit sebab makan maggi hari-hari + juga aku sebagai seorang abang yang hensem, bertanggungjawab, suci yakni berkaliber terhadap adik aku + lagi keadaan ekonomi yang sangat tidak memberangsangkan sekarang ni akhirnya aku mengambil 1 inisiatif yang aku rasakan sangat besar untuk mula rajinkan diri aku memasak. Actually aku rindu nasik sebenarnyaa 😭😭😭 Last masak memasak yang tegar pun time poli dulu.. Adehh

Hmm.. Maka itu hari aku masak TELUR SAMBAL! Demi memenuhi keinginan perut aku yang laporr dan ketandusan ni.. haha.. Sebab apa telur sambal je? Bukan kerapu ke kerbau golek ke.. sebabnya aku bukak peti ada telur je, damnn! beras pulak tinggal sikit. So bak kata orang bersyukurlah kita dengan rezeki yang ada maka telur pun telurlahh..

Nak share sikit resipi aku, sedap tak sedap belakang kira janji kenyang.. And pasni aku plan nak mula memasak selalu dan bukak restoran. Tunggu next entry la untuk resipi lain ( kalau aku masak lagi laa ). So sekarang ni  ambik yang untuk telur sambal je dulu ye.. Kau nak ikut kau ikut, kau tanak ikut ikut kau la..

Disebabkan dalam peti ais mak aku dah siap blend letak cili paste dia dalam tupperware maka selamatlah aku, takyah nak potong bawang ke cili ke blend apa jadah semua.. HAHA..

Cara Aku :


  • Goreng telur mata ( aku buat 3 bijik, itu je yang ada HAHA ) pastu asingkan dalam pinggan lain
  • Panaskan minyak dalam kuali, minyak sikit je takyah banyak
  • Bila minyak dah panas masukkan pulak cili paste tu ( make sure api tak besar sangat, sedang-sedang saja )
  • Kacau paste tadi tu sampai naik minyak dia.. jangan kau yang naik minyak pulak sudah..
  • Pastu masukkan air asam jawa ( ambik asam jawa dalam secubit dua tiga isi dalam air ramas pastu buang bijik dia.. nak air dia je )
  • Tunggu lama sikit, kau kacau-kacau dulu pastu masukkan garam & gula secukup rasa. Ikut naluri masing-masing.. HAHA
  • Bila dah agak pekat masukan telur yang kau goreng tadi. Pastu rasa la manis masin dia ( adjust sendiri la masin manis dia ) Aku tak adjust pun sebab dah sedap. Hahahah..
  • Kacau lebih kurang pastu boleh diangkat dan makan dengan jayanya..


** nak buat sambal bilis pun sama je, kau tukar telur tadi dengan bilis jadi la dia..

Ni sedikit gambar aku di dapur. Hahaha..


goreng telur dulu


tumis sampai naik minyak


gini rupa dia pas masukkan air asam jawa


tadaaa! siap dah HAHA

Rasa dia takyah tanya la, mestila sedap.. Petua kalau rasa dia kurang memberangsangkan kau makan time panas tu jugak dengan nasik panas gak, mesti rasa sedap, caya la.. hikhikk 

Saturday, 3 December 2016

motoGP 2016 - Sepang International Circuit




Kenal tak siapa ni? Ok, nama dia Valentino Rossi a.k.a abang angkat aku. Lama dah tak jumpa dia, last time raya haji 3 tahun lepas. So time MotoGP kat Sepang haritu ingatkan dapat la jumpa kejap tapi tiket tak beli pulak. Last-last datang time qualifying je, tu pun tak dapat jumpa gak..


Cerita pasal qualifying GP kat Sepang haritu tak plan pun nak pergi. Ntah camne pagi tu tengah basuh motor Hery watsapp ajak pi usha qualifying, aku pun tanpa membantah setuju je. Kena pukau dalam tepon aku rasa. Hmm...


So lepas basuh motor aku siap-siap tunggu Hery datang rumah. Kitorang gerak lepas Zohor, time tu hari mendung macam nak hujan. Tapi disebabkan bawak motor laju, ingatkan sempat la sampai Sepang tanpa lencun. Sangkaan kitorang meleset, setengah perjalanan dah sangkut bawah terowong. Hahaha.. Berapa kali berhenti kat Max highway tu. Even lencun, kuyup, kecut pun kitorang pepah gak gi sana. Sampai sana habis baju basah, seluar spendar lagi la.. kepam! Kahkahh.. Kitorang sampai sana dalam jam 3 petang dan aktiviti pun bermulaa.... Hehehee





Time ni baru sampai. Kitorang parking kat hujung, tempat geng-geng motor Hery ( R25 ) parking. Aku selit je situ, biaq pi la. Hahah..


Shell Malaysia MotoGP 2016


Kitorang tak masuk pun tengok race, just jenjalan kat booth luar je sambil usha-usha gadis. HAHA. Hujan pulak, sejuk.. Ok, tengok gambar jela ye dak. Nak tulis apa lagi..




nampak VR46 tuu? huhu







korang tengok Hery ke tengok amoi sebelah 😒😒



booth Yamaha 


meriah weh, semeriah sambutan hari raya 😝




rehat kejap. hihi








sempat pulak dia main game. dengg!


start kumpul duit, nak angkat sebijik!


cantik sportrim dia 😍


Hery dan pasangan


nak snap gambar motor, dia pulak yang pose. haihh





yang bagi flyers pun aku ajak selfie. haha










diorang ajak selfie, diorang ingatkan aku Rossi. Layan jela 😜








nama dia Farah #GadisSuzuki



aku terus suka Suzuki, ingat nak jual Yamaha ambik Suzuki pulak la haha


With Arina 


ok confirm ambik Suzuki nanti!


Banyak lagi gambar tapi aku rasa yang ni pun dah cukup dah. Sebenarnya nak tunjuk motor je kat korang, awek tu tanak berganjak lak time aku nak ambik gambar. Nak buat camne kan? Hahaha..


So dalam jam 6 lebih kami pun gerak balik. Time pulang tu pun hujan gak, tapi takpala lencun time nak balik kan.. Otw balik kat Max highway tu dua kali motor aku mati time pecut ( 120km/h ). Power tetiba off sendiri. Goyang weh tapi nasib baik boleh start and jalan balik. And alhamdulillah kitorang selamat sampai. Tapii......

motor aku masuk bengkel next week nya. Hari-hari pergi kerja dia boleh mati enjin tetiba pulak, aku ingatkan dia merajuk sebab aku bergambar ngan awek je time kat SIC tu. Rupanya apek bengkel check dia kata ada kabel yang tercabut. Kabel apa aku taktau, dia tanak bagitau. Tercabut time aku tengah pecut kot. Taktaula..

Sekarang motor takda masalah dah, performance pun still cun, tiptop! Hahaha.. Ok, tu je untuk entry kali ni. Sehingga berjumpa lagi kita di masa akan datang. bye!

Kalau nak lebih gambar boleh tengok kat sini.