Friday, 2 December 2016

Bentong - Fraser Hills

Tahu kan sudu besi boleh tarik magnet??


Tapi ni bukan nak cerita pasal magnet mahupun sudu, itu sekadar kata aluan di petang hari dikala hujan turun dengan renyainya..

Ok dah. Kali ni entry pasal my 1st ride bila my baby black lahir ke dunia ni. Takdala jauh mana pun ride, nak bagi panas tayar and running machine je. Ikutkan pusing taman rumah 2-3 kali pun ok dah, tayar panas dengan kita-kita pun boleh panas gak. Hahaa..

Kitorang ride time tu hari apa ntah, tapi weekdays la. TM cuti sempena apa aku tak ingat. Pagi tu aku bangun awal, mungkin sebab cuti kot. Haha.. Disebabkan kami bertiga je yang konvoi dan aku dengan Hery dekat so kitorang tunggu Muz kat Petronas MRR2 Gombak.


disebabkan tunggu dak Muz lama and aku pishang ni la hasilnya


Dalam jam 9 Muz sampai dan dari situ  bermulalah cerita konvoi mengonvoi lumba berlumba sesama kami. Kehkehh.


Petronas Bentong - 10am. Rehat sat, tank penuh. Haha






Aksi kejar mengejar pun kembali bersambung setelah semua selesai menunaikan hajat memasing. Hahah. So dalam jam 11  tibalah  kami di Lemang Toki. Sampai je terus pi usha makanan.. lapaq baq ang!



aku yang tolong bakorkan lemang ni.. caya tak?



dah order, tunggu makanan, so kita selfiee!



tadaa! ini 1st round, adala beberapa round lagi. kihkihh







habis dah. bibir aku nampak tebal sikit kan. hahaha


Plan sebenar just nak makan lemang then balik dan menghabiskan masa bersama family tapi tu la kita sebagai manusia hanya mampu merancang.. kan? So tak jadi la balik, diorang ajak pulak naik Fraser Hills main corner sambil dengar burung berkicauan.. so proceed!


Lepas main corner sambil naik ke Fraser sampai beberapa kali overshoot ( nasib baik tak bersepah hmm ) maka tibalah kami dengan jayanya. Huhu..


ni lagi 8km, kejap je rasa kalau berlumba. haha



tadaa! sampai dah..


Sejuk dia tak sesejuk kau mandi jam 4.30 pagi time hujan lebat. Ok la, body aku boleh tahan lagi. So kitorang pun berjalan. Berjalan lagi, lagi dan lagi melawat kawasan. Cari aweks pun takda, ada beberapa ketul je. Hari kerja kan.. demm!



sampai di Air Terjun Jeriau. abam Muz sakit pinggang akibat corner melampau tadi. haha










comel kan hery?














muncung tu yang selalu sangkut roadblock tu.. haihh


Dah petang so apa lagi, balik la kan.. Kitorang turun dalam jam 4 lebih lalu ikut Kuala Kubu. Time ni nak berlumba pun dah tak rasa, bontot sakit badan sakit, otak pikir nak tido je. HAHAH. Dalam jam 5 masing-masing selamat tiba di rumah. Alhamdulillah..


Sekarang kami plan nak konvoi ke tempat lain pulak pasni & ajak ramai sikit.. ke danok ke kita ye? Hmm.. Bagi abang fikir dulu la. Dengar cerita sana best, taktau apa yang best. Hmm.. Ok. Bye.

Apa lagi ada kat Bentong? Haaaaa klik sini pulok.


No comments:

Post a Comment